No Comment Labels:
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.....
Sedar x sedar, sekarang hidup kita telah menjangkau ke bulan Rejab 1430H...Allah...cepatnya...Hari ini, 7 Rejab merupakan hari ketiga aku berpuasa.,,,hmm..bukan nk riak, tkbur atau ape2, tidak prnah terdetik semua tu..Aku mintak sgt2 pada Nya supaya dapat memudahkan segala kerja buat aku sekarang. Kalau difikirkan, banyak benda perlu aku selesaikan.... tambah-tmbah dengan hutang melambak, program lagi....adik-adik..tarbiyah sekolah....dan sebagainya...Allah...baru ku tahu..............

Mungkin ada hikmat disebalik semua ini...
Atau mungkin tak??...
Semuanya bergantung kepada Dia Yang Maha Esa..

Sebagai peringatan buat diriku yang hina dan para akhowan dan akhowat yang sudi menjenguk Aku,ana,saya,i....
Syukran jazilan......


KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN REJAB

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”

Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”

p/s: Ya Allah, aku harap apa yang susah, Kau permudah-mudahkanlah...Amin3x...

~Aku,ana,saya,i.....


 

5 comments Labels:
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Baru ade modal n masa nk updated, sori to Bro Cerah a.k.a Ustaz Asyraf yang selalu menimbulkan isu, "Ade blog kalu x updated wat gapo...."huhu..Sama sperti Abe Cerah, hujung minggu baru-baru ni, aku join satu rehlah yang aku rasa benar-benar memberi impak besar ukhwah ku bersama sahabat-sahabat..


Hmm...asalnya, ada masalah, mgkin x dpt sertai konvoi...
Tp naseb baik, atas ikatan yg kuat, berkejaran dari rumah ke premis, premis ke sekolah, sekolah ke KB, KB ke PLB, PLB ke Tawang...on de way ke Sri Nipah, Bachok...Thanx DAL 4820..

Selain persembahan, multimedia, nasyid n so on...paling aku ingat, jam 1 lebih hingga 3 a.m lebih slot Muhasabah bersama sahabat..

Edy...
Naqiu...
Ajim....
Tse.....
Apih....
Fadhli....

Hmmm...jujur,aku x pndai nak berkata-kata mcm Ustaz Asyraf, K'Khai, n Abg Peng...
X pndai utk luahkan...
Tp aku harap, UKHWAH yang terbina ini..
Akan kekal sampai bila2..
Biarlah ajal yang memutuskan ikatan ini...

Ya Allah..izinkan kami berukhwah sepertimana UKHWAH ini sampai keakhir hayat..
Izinkan hati-hati kami terus berukhwah keranaMU hinnga ke penghujung nyawa..
Jangan engkau palingkan hati-hati kami daripada terus thabat dijalanMU..
Kerana inilah wasilah cinta kasih kami..
Semata-mata kerana MU YA RABBI...

~Aku,ana,saya,i.....

 

7 comments Labels:

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua....
Sudah lame tidak membuat posting, alhamdulillah, berkesempatan cuti ni...Berminat untuk menceritaka sedikit sebanyak berkaitan nikmat ukhwah ini.."Setiap daripada kita adalah saudara, maka pereratkanlah antara keduanya..", dlm Al-Quran, Allah telah menyatakan berkaitan persaudaraan yang wujud dlm kalangan manusia. Menjadi suatu kewajipan kepada manusia bagi menjalinkan hubungan dan persaudaraan. Hal ini dapat menjadikan kita, umat Nabi Muhammad S.A.W menjadi bertambah kukuh dalam segenap aspek. Pelbagai impak yang positif dapat diperolehi dalam kita menjalinkan hubungan yang ikhlas berlandaskan syariat Islam yang sebenar...Tanpa sahabat, dunia seseorang itu tidak akan sempurna...hmmm..aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang begitu memahami aku..dapat membantu aku..serta dapat menjadikan hidup aku lebih sempurna...

RUMAH BUJANG "KOK LANAS"...huhu...


"Tra r d, sedak eh telur kicap aku wat tue...huhu.."


"Demo...nok make pun suko lagi....berat...ke kawe v rmput bru thu...haha..."


"Mer, ejah sanquick tue...dhago nie..."


"Mari rama2 kito "ranggos"(makan gelojoh)...huhu.."

Ku tujukan khas lagu ni buat sahabat-sahabat seperjuanganku....

"Selamat Berjuang"
-Brothers-

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita



p/s:- Sayangilah sahabat anda selagi mereka masih bernyawa.....


~Aku,ana,saya,i.....


 

May 2009 August 2009

Photobucket Simple.rileks.e2.AKU..

[Muqaddimah]

Photobucket

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...