“Barang siapa yang melepaskan satu hari dari sekian usianya untuk melakukan yang bukan fardhu, untuk menanamkan yang bukan kemuliaan, untuk menggapai yang bukan hal - hal terpuji, untuk menanam yang bukan kebaikan atau menuntut yang bukan ilmu, maka ia telah durhaka kepada harinya itu dan telah menzalimi dirinya sendiri…”p/s:- Semoga tahun baru 2009 ni dapat memberi aku lebih banyak pengetahuan,ilmu,pengalaman,kesenangan, dan kebahagiaan dalam hidup..Moga2 dapat lagi aku merasai nikmatnya ukhwah yang telah terbina bersama sahabat2 seperjuangan dan juga ikhwan2 yang lain...Ya Allah, ampunilah dosaku, rahmatilah aku dalam menempuh liku-liku hidup yang bakal mendatang ini...jadikan hubunganku dengan semua orang yang aku kenali adalah lebih baik daripada sebelum2 ni..berikanlah kepada keyakinan kepadaku dalam melakukan setiap amanah yang telah dan bakal dipertanggungjawabkan keatasku...InsyaAllah, dengan izinMu, kejayaan berada dipihakku...Amin3x Ya Rabbal Alamin....='(
~Aku,ana,saya,i.....
DICERITAKAN OLEH SEORANG PEMBACA (TOK DAHAMAN)
YG TINGGAL DI KG SIDAM, KEDAH KPD MAJALAH IKTIBAR.
Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin di hujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari, tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.
Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara itu, jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walau bagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu drp budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya di mana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sahlah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.
Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.
Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk di tempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah...). Syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yg muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.
Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri. Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai.
Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. Mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah. Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang di rambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari itu, letih lah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak.
Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebutlah nama Allah... atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH...
P/s:- Salam buat semua, Aku,ana,saya,i selepas ni akan payah untuk di"updated"kan atas beberapa sebab yang amat2 tidak dapat dielakkan..=(, post2 yang akan dibuat selepas ini adalah lebih kepada copy n paste shja...Tp xpelah,hmm...sesi persekolahan 2009 bakal bermula, buat sahabat2 pengunjung sekalian, doakan kejayaanku...moga2 dapat melangkah ke Menara Gading tahun 2010..Amin...Sekarang, aku amat2 rindukan sahabat seperjuanganku...=(
~Aku,ana,saya,i.....
Flyer iCare Trading Sdn. Bhd

Kalau sesape nak tempah baju ke...sweater ke...jaket ke..nak wat banner..medal..coller pin..sticker..photostat..liminate..sijil..n mcm2lah..Boleh je nak buat kat sini...Sesiapa berminat, ni alamatnye..
PT 250, BT 5 1/2, JALAN SALOR,
15100 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM.
Tel dan Fax nye...
09-7011091
Email nye....
icare.trading@gmail.com
Untuk mudah lagi urusan, boleh call kt number2 di bawah...
En. Wizam - 013-9866403
En. Jazli - 0199166405
En. Hanafi - 0199686583
Beres..!! Untuk maklumat yang lebih lanjut lagi..bolehla berkunjung ke laman iCare sendiri di...
http://icareonline.blogspot.com
p/s:- Next year aku x duk sini da..,=( ..tahun ni memang duk sini sebab menumpang, malas nak masuk asrama awal2..huhu..Tp mmg best r duk sini, mcm2 bleh...trutama "kenal" r sikit2 Abe2 duk sini..rapat tu biaso2 jah...hmm...Harap2 sep ur ingatla yg aku pernoh duk sini..^_^...Bereh2, doakan aku untuk STPM tahun depan...Moga2 success supo Abe Aje...huhu...Amin2...
~Aku,ana,saya,i.....











Buka lembaran baru!
Perangi kegagalan!
Ulangi kesuksesan!
Jelang hari esok yang lebih cerah dan berseri!
Tahun baru, Semangat Baru!!!
Happy New Year 1430H & 2009..!!!
Semoga waktu esok tidak lagi ada kesia - siaan dan penuh dengan manfaat…
Semoga ALLAH SWT senantiasa membimbing kita di jalanNYA, mencurahkan hidayah dan inayahNYA, serta memudahkan segalanya buat kita…
Amien…