1 comments Labels:

Remaja dan cinta- dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwa tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lalu hati remaja sering berkata “ apakah salah kami bercinta?” ya..rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Namun, Allah tidak mengurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang seringkali dilanggar. Disinilah remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah.


Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana Allah mencintai manusia. Allah ingin keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadi. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta terlarang akan membawa banyak implikasi negative dalam kehidupan.


CINTA MUJAHID MUDA


Kini muncul pula fenomena baru, ‘cinta ukhwah’ yang mula bertiup hebat di kalangan para remaja dakwah yang digelar ‘mujahid/mujahidah’ muda. Semoga persoalan yang dilontarkan cukup untuk membuka mata para mujahid muda dalam menafsir erti ukhwah fillah. Menurut seorang ustaz, istilah cinta ukhwah terbit hasil dari islamisasi perasaan cinta remaja yang dialami dan istilah ini jelas ditujukan buat para mujahid muda. Amat malang apabila melihat kesucian ukhwah itu dicemari oleh mereka yang bergelar mujahid muda. Keliru atau mengikut nafsu?


Tidak salah berukhwah tetapi para mujahid harus sedar, wujudnya hijab yang kuat dalam ukhuwwah antara seorang ar-rijal dan an-nisa’. Berhubung secara kerap atau boleh menimbulkan fitnah dan maksiat jelas dilarang dalam agama. Ingatlah mujahid muda, bahawa setiap yang haram itu adalah haram walau apa sekalipun. Cuma kita yang kadang-kadang cuba ‘menghalalkan’ dengan membuat alasan pelbagai itu dan ini.


Kesimpulannya hanyalah satu, bercintalah secara berilmu. Jangan rosakkan dunia intelektual Islam dengan suasana jelik penuh hipokrit. Jangan nanti ilmu hilang, cinta pun melayang. Bersabarlah sebentar atas nama ilmu. Jodoh tak ke mana. Yang akan ke mana adalah nilai diri dan kesan budaya intelektual di kalangan anda. Malulah dengan hati yang baik dan perasaan yang telah lama terdidik yang mungkin lebih tahu berbanding nafsu yang sering mengajak dan kita terus menurut. Jangan memangsakan ungkapan ukhwah fillah hanya untuk menutup niat lain kita. Semoga kita sentiasa dirahmati dan mendapat petunjuk Ilahi..




SEDARLAH WAHAI SAHABAT….


Sama-samlah kita saling ingat mengingati....
Waalahua'lam....




 

2 comments Labels:
gambar hiasan:- Ibunda Tersayang
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  • Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  • Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
  • Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
  • Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
  • Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.
  • Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.
  • Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc....
  • Hadis nabi mengenai wanita. "Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
 

No Comment Labels:
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah kita???
Renung2 dan sama2 kita fikirkannya...Muhasabah diri...
Peringatan buat diriku yang alpa...

 

1 comments Labels:
Salam semua...
Di sini terdapat satu video menarik yang perlu di tonton oleh anda semua..betol2 menarik, berkaitan dengan azan..Silalah ruangkan sedikit masa untuk menonton, langsung xkan buang masa anda...Salah satu klip yang menunjukkan betapa agungnya ciptaan Allah S.W.T...Video ni sy copy daripada laptop abg sy, seorang student Degree Teknologi Perabot di UiTm Shah Alam...^_^ : Selamat menonton...huhu...


video


Pengertian

Azan dari segi bahasa ialah ” memberitahu”. Dari segi Syarak ialah ” Satu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui masuk waktu sembahyang.” Juga boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.

Pensyariatan

Dalil al-Quran yang bermaksud; ” Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang....” ( Surah al-Maidah :58)

Dalil Hadis yan bermaksud;”Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang dari kamu melakukan azan dan yang lebih tua dari kamu hendaklah menjadi Imam. ” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; ” Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu dan engkau berazan untuk sembahyang, hendaklah engkau angkatkan suara menyuruh orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya pada hari akhirat.”

Hukum Azan

Azan dan Iqamah menurut jumhur selain Mazhab Hambali ialah sunat muakkad bagi lelaki yang sembahyang di masjid, semua sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat. Tidak sunat untuk sembahyang yang lain seperti sembahyang hari raya , gerhana matahari, terawih dan sembahyang jenazah. Ulama Syafie dan Maliki menambah bahawa orang perempuan hanya disunatkan iqamah dan tidak perlu azan.

Azan bagi sembahyang yang luput dan sembahyang bersendirian

Mengikut pendapat yang muktamad daripada mazhab Syafie adalah sunat azan dan iqamah bagi orang yang bersembahyang bersendirian samada sembahyang tunai atau qadha, walaupun mendengar azan. Jika hendak melakukan sembahyang Jamak hendaklah diazan untuk sembahyang yang pertama Makruh meninggalkan azan dan iqamah bagi sembahyang lima waktu , tetapi jika telah melakukan sembahyang tanpa kedua-duanya maka tidak perlu diulang semula

Syarat-syarat Azan:-

Masuk waktu

Hendaklah dengan bahasa Arab

Azan dan Iqamah mesti didengar.

Tertib dan Muwalat diantara lafaz azan dan iqamah, tidak sah azan tanpa tertib dan muwalat dan hendaklah diulang semula

Azan mestikah dilakukan seorang sahaja. Jika dilakukan secara berkumpulan dan serentak hukumnya sah.

Orang yang melakukan azan hendaklah seorang Musliam lelaki yang berakal. Termasuk bertaqwa, mengetahui sunnah Rasul, mengetahui waktu-waktu sembahyang , adil dan amanah.

Makruh ketika azan:-

Makruh azan tersebut tanpa melakukan perkara –perkra sunat yang lepas. Makruh dilagukan dan dipanjangkan azan sehingga mengubah kalimah- kalimah azan atau menambah dan mengurangkannya. Makruh berjalan semasa azan dilaungkan. Makruh dilakukan tathwib melainkan waktu subuh. Haram keluar masjid selepas azan. Makruh Azan sebelum fajar dalam bulan Ramadhan kerana ditakuti mengganggu orang yang sedang sahur.

Sumber: http://e-malabari.net

 

1 comments Labels: ,
Reunion Ex-falahiah 03-07 di Selera Kita, P. Pekan

"Salam, Ex Falah 03-07...Sep2 ni ajat nop wat bukok poso rama2 cuti nie...Guane?Bereh dop?Kalu bereh kito wat di Selera Kito dekat ngan skol, Ahad nie deh..Arap buleh mari rama2 r...minx respon kt no nie deh?..^_^..0179539036-QuE.."

Ini adalah msg yang saya telah forwardkan kepada semua sahabat2 batch saya yang belajar sama2 di SMKA Falahiah dulu. Atas sebab teringat n rindu, ramai member2 suruh anjur buka puasa ramai2 nie..Alhamdulillah, dapat respon baek daripada semua..Program berjalan dengan baik, cuma tergendala sedikit sahaja atas sebab hujan, ramai yang nak datang..last2 minit kena batal sebab hujan..Tp xpe, kehadiran sahabat2 yang datang sudah cukup untuk menggamitkan "Selera Kita"...Komitmen yang ditunjukkan menampakkan Reunion Batch kami boleh lagi cibuat dengan lebih gempak pada masa akan datang..InsyaAllah...

Selain daripada the main program tadi, saya juga sempat reunion dengan sahabat-sahabat yang lain di rumah terbuka mereka...

Amir Qayyum duk ngepen bisness tue,..hehe

Geng2 5ir kumpul..mat We n Pesa Itik..

Aku, Tse n Apih kt Pantai Sri Tujuh, naq amik gmbr...huhu

Jalan2 umoh Pok Nik Harun...gmbr lamo doh nie...tgk rambut r..hehe

"Open House" umah Edy... gmbr tuan umah r nie..

Jeghi, Body n Medi..Jejak Kasih adikbradik...hehe

"Tgk jo, aku sipe lg gmbr mung, wat tgk male2..,"katanya Zhafran...huhu

Ni gambar maso duk umh Body, tgh bice sal msalah umat..huhu..

"Make2...maghi male2 sekut dohla ado..."katenye Body...


Body, Medi n Naqiu...lepah sudoh "ranggos" colek buoh Edy..hehe


Sesape yang ade mase, bulehla singgah kat group kami di website ( friendster)



FaLahiaH SelaManya..!!!!

 

September 2008 November 2008

Photobucket Simple.rileks.e2.AKU..

[Muqaddimah]

Photobucket

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...